Pesanan Luqman Hakim kepada anaknya, Sepanjang hidupku,
aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu yaitu :
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s. w. t.
f. Lupakan kebaikan dirimu kepada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu
h. Ingat kepada mati.
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s. w. t.
f. Lupakan kebaikan dirimu kepada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu
h. Ingat kepada mati.
1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).
2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Siapa yang perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak.Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isterinya (UmmuSalamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (IbnuMaktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya UmmuSalamah,Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ? Rasulullah s. a.w .menjawab,Bukankah kamu dapat melihatnya.
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. siapa yang wanita yang bermuka masam menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (ridha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, baik miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikanlidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.
16. Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yangdahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita. Rasulullah s. a.w. ditanyai,Mengapa demikian Ya Rasulullah? Jawab Rasulullah s. a. w. Wanitamengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanyaseberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.
17. Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita. Maka menangislah mereka danbertanya salah seorang daripada mereka, Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ? Jawab Nabi s. a. w. Tidak, mereka ini ialah merekayang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.
18. Keadaan wanita10 kali lipat dari seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali lipat seorang lelaki didalam syurga.
19. Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api. Siti Aishah bertanya, Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.? Jawab Rasulullah s. a. w. :
a. Karana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitandan cobaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suamiserta melakukan kerja-kerja rumah.
b. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya.(Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
c. Sering (ingkar) terhadap nikmat Allah.
d. Gemar berbicara perkara yang sia-sia yang berdosa.
e. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama yaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan bujuk rayu lelaki, rekan- rekan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda, Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :
a. Orang yang gemuk tapi kurus
[Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sehat tubuh badannya tetapi kurang ibadah]
b.Orang yang berpakaian tetapi telanjang
[Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taatagama]
c. Orang yang alim tapi jahil.
[Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi & isi perutnya.]
Source :
Dari berbagai hadis pilihan dan sumber lainnya.